Blog

Perjalanan Kemusafiran di Bumi Kazakhtan Siri VI

Kami semua sampai di hotel Ramada dari Syambulak ski resort sebelah petang dengan penuh kepuasan dan juga rasa persahabatan yang tinggi. Masing2 bersiap untuk makan malam di rumah Edige Alspay CEO Amanie Advisors di Kazakhtan dan isterinya Jannah. Ada di kalangan kami yang akan terus menuju ke lapangan terbang destinasi KL selepas makan malam. Semuanya rushing tapi untuk sesuatu yang baik. Tidak guna sebuk dan rushing untuk apa sahaja yang buruk dan jelek.

Sampai sahaja di rumah beliau, kami disambut oleh seluruh ahli keluarga beliau termasuk isteri dan ketiga-tiga anaknya. Juadah makanan sudah menunggu. Pelbagai makanan asli Kazakhtan telah disediakan. Yang lebih mengujakan ialah masak ayam merah. Rakan2 yang sudah lama berada di Kazakhtan memang menunggu saat ini. Pucuk dicita ulam mendatang. Semuanya makan dengan puas diselang seli dengan banyak joke yang menarik bagi mencairkan lagi talian persahabatan.

Apa cerita dan perwatakan Edige dan Jannah? Saya telah mengenali Edige sejak 2008 sebagai orang yang pertama yang mempelupori kewangan Islam di Kazakhtan. Beliau dan rakan2 beliau bergerak sendiri sebagai pembakar obor jihad menentang riba. Beliau dikenali dan disayangi oleh semua lapisan masyarakat dari pejabat Mufti kepada sarjana dan ahli perniagaan.

Pada tahun 2012, saya ingin mengembangkan sayap Amanie di bumi al-Farab (nama asal Khazakatan di zaman kegemilangan Islam). Calon terbaik adalah Edige.

Jannah pula adalah bekas peserta musabaqah al-Quran di Kuala Lumpur mewakili Khazakhtan. Kemudian beliau ditawarkan belajar di UIA dalam fakulti ilmu wahyu. Sebab itu beliau banyak mengetahui tentang Malaysia dan juga masakan Malaysia.

Kedua-dua mereka datang ke rumah saya di Gombak sewaktu upacara akad nikah anak saya Izzatie beberapa tahun yang lepas. Mereka bukan sahaja warga kerja Amanie tetapi sahabat dan keluarga.

Sebaik sahaja kami selesai makanan utama dan menunggu hidangan mencuci mulut, kami dihiburkan dengan 4 buah lagu Kazakhtan yang disampaikan sendiri oleh Edige bersama alat muzik yang bernama Dombra yang diwarisi sejak beratus tahun dalam masyarakat nomad Kazakhtan. Sememangnya Edige adalah seorang puitis dan banyak menulis poem. Ayah beliau adalah seorang profesor terkenal dalam bidang kesusateraan. Ibunya juga dalam bidang yang sama. Memang keluarga ilmuan dan puitis.

Tidak hairan dalam majlis yang sama kami didendangkan dengan dua persembahan oleh anak sulungnya Abdul Hafiz (saya akan uploadkan video ini dalam siri yang lain).

Dalam video persembahan santai oleh Edige ini, tema lagu ini ialah bagaimana setiap empat musim dalam setahun sentiasa merindui kedatangan musim selepas 'dirinya'. Musim panas menanti musim luruh; musim luruh menanti musim sejuk; musim sejuk menanti kedatangan musim bunga dengan berdebar2 dan akhirnya musim bunga menanti musim panas. Kesemuanya adalah fitrah kehidupan. Masing2 saling melengkapi. Ini juga adalah cermin kehidupan. Tidak boleh kita obses dengan diri dan kumpulan sendiri dan merendahkan orang lain. Setiap orang ada peranan masing-masing.

Kebetulan, hari ini (Ahad) adalah hari ulang tahun kelahiran Abdul Hafiz. Saya tidak membawa sebarang hadiah semalam sebab tidak ada maklumat.Saya hanya hadiahkan buku saya Be the Eagle Amongst the Birds kepada cucunda Abdul Hafiz. Saya teruja sebab beliau merasai suatu hadiah yang cukup istemewa kepada beliau. Saya bisik kepadanya..."jadilah seekor helang kepada dua ibu bapanya".

Pagi semalam saya telah meninggakan hotel Ramada Almaty jam 230 pagi dalam kesejukan dan kesunyian pagi untuk penerbangan jam 450 pagi ke Dubai. Dan sekarang saya dalam perjalanan darat dari Dubai ke Abu Dhabi untuk satu mesyuarat. Keletihan demi keletihan tapi memori kemeriahan bersama keuarga Edige dan rakan-rakan kerja Amanie dan CSQ law masih segar membasah jiwa perjuangan dan misi kehidupan ini.

MDB

 

"Your dream of today is essentially you
in the future."

Copyright 2019. Mohd Daud Bakar. All Rights Reserved.

Search