Pukul 8:10 pagi semalam saya sampai di Lapangan terbang di Astana ke Almaty. Semuanya lancar tetapi di sebalik kelancaran ada ujian. Penerbangan saya telah ditunda dari waktu asal 9 pagi ke jam 10 pagi kemudian 11 pagi sehinggalah jam 130 tengahari. Kabus salji yang tebal di Almaty tidak mengizinkan pesawat Scat Airline yang lama yang tidak berteknologi tinggi berlepas kerana bahaya semasa pendaratan nanti.
Saya akur dan sebagai pemusafir tegar, saya sudah biasa dengan semua ini. Jangan ada sikit pun perkataan marah atau perasaan bebal dan kesal. Saya menghabiskan 4 jam di sebuah kafe dengan sedikit lattee, air dan cookies untuk menikmati manuskrip Maqasid saya. Habis diedit hampir 20,000 perkataan. Saya tukarkan suasana yang tidak produktif kepada yang produktif malah menghiburkan dalam suasana tertekan.
Sebaik sahaja sampai di Almaty pukul 330 petang, saya diberitahu ada perjumpaan dengan Rektor Universiti Nur Mubarak pada jam 430 petang. Saya belum lagi membuat tazkirah Jumaat dalam FB life saya setiap hari Jumaat. Saya minta CEO Amanie Advisors iaitu Edige singgah sekejap di kawasan bahu jalanraya untuk sesi ini. Saya dapat siapkan semuanya dalam masa 15 minit dalam keadaan sejuk dan juga lebih cemas, saya dihampir seekor anjing yang duduk betul2 sebelah saya macam nak dengar tazkirah juga. Mata saya tidak fokus kepada kamera tetapi kepada anjing yang sedang memerhati saya seperti yang nampak jelas dalam video tersebut. Anda boleh ikuti rakaman video itu dalam FB life saya.
Saya dan Edige sampai di Universiti jam 5 petang dan terus berjumpa dengan Rektor seorang Professor dari Mesir. Kami banyak bersembang dan sikit sikit beliau mengenali saya sebagai pengamal kewangan Islam dan bukan ahli akademik kewangan Islam.
Saya bercakap tentang manuskrip Maqasid saya. Beliau pun ada menulis buku Maqasid dan menghadiahkan sebuah naskah kepada saya. Saya tunjukkan isi kandungan manuskrip saya dan beliau menatap hampir 5 minit
...mungkin pelik dan hairan dengan istilah seperti big data dan A.I. Saya tahu beliau confused. Saya terus kata "Sheikh, awak tahu al-Shatibi guna isiqra. Ini istiqra moden". Beliau faham