Blog

Perjalanan 10 Jam Dari Dubai ke Almaty dan Astana, Kazakhtan

Semalam saya terpaksa meninggalkan majlis makan malam bersama YB Menteri Belia dan Sukan lebih awal sebab ingin berada di Terminal 2, Dubai paling kurang 90 minit sebelum terbang. Jam agak teruk tetapi sempat sampai juga dalam masa yang dirancang.

Selepas solat jamak Isya dan Maghrib, sempat menukar matawang Pound Sterling ke Kazakhtan Tange. Setelah mendapat matawang Tange sebanyak 29, 000 terdetik di hati bahawa kadar tukarannya agak kurang daripada harga pasaran dan pengalaman lepas. Namun, saya terus beredar mengenepikan suara kecil hati bagi membaca manuskrip Maqasid Shariah sehelai dua sebelum berangkat masuk dalam pesawat. Hati rasa tak sedap. Terus check currency converter. Memang kurang hampir 40%. Terus bergegas untuk 'confront' pegawai dan keseluruhan team currency exchange. Mereka berkeras ini adalah kadar dan polisi syarikat mereka. Kalau perbezaan sekadar 5 ke 10%, saya boleh faham. Saya minta matawang Pound Sterling saya balik (reversal) dan alhamdulliah dapat balik setelah bertukar-tukar pandangan. Sebaik saja tiba di Almaty, saya terus tukar ke Tangee dan dapat 46,000 Tange. Pengajaran - dont take things for granted.

Sampai sahaja di lapangan terbang Almaty, terus pakai pakaian musim sejuk di atas pesawat sebab suhu di luar adalah -12 pasa jam 330 pagi. Masih awal bagi dapat boarding pass ke Astana. Peluang baik untuk menatap balik manuskrip terindah Maqasid Shariah. Dalam masa dua jam, banyak dapat diedit di atas kerusi besi yang keras di satu sudut lapangan terbang.

Beberapa minit sebelum berangkat, tajdidkan wuduk dengan wuduk biasa tetapi sapu atas stokin sebagai ganti membasuh kaki bersiap sedia nak solat subuh atas pesawat. Tanpa diduga, perkara 'luar biasa' akan berlaku dalam perjalanan dari Almaty ke Astana.

Dalam pesawat Bek Airline, saya dapat kerusi 15 D iaitu kerusi di tengah dua kerusi yang lain. Saya memang suka aisle seat tapi dah penuh. Di sebelah kiri dan kanan saya adalah seorang pemudi dan pemuda Kazakh dalam lingkungan umur 25 ke 30 tahun. Sebelum take-off saya mematikan mobile saya dan terus solat subuh. Kemudian saya terus membuka manuskrip saya seperti biasa.

Buat pertama kali saya melihat orang-orang muda di sebelah saya membaca dokumen (pemudi) dan membuka buku nota membuat catitan (pemuda). Saya terangsang dan teruja dengan mereka. Ada di kalangan kita yang sentiasa berusaha kuat tidak kira masa dan tempat. Ini perkara yang 'luar biasa' bagi saya.

Dalam keseluruhan pesawat itu di waktu 7 pagi, hanya barisan kami 15 C, 15 D dan 15 E yang bercahaya dengan lampu bacaan dalam kegelapan pesawat masa berlepas. Ada insan yang ingin terus membaca dan menulis. Mungkin yang lain sedang berfikir kuat dan keras dalam kegelapan pagi yang penuh salji di luar sana.

Namun, kedua-dua mereka tumbang selepas 30 minit (tidur) dan saya tinggal keseorangan meneliti setiap patah perkataan dalam manuskrip saya sendiri. Memang membaca mengujakan dan memberi rawatan kepada minda, hati malah anggota badan kepada saya tetapi membaca tulisan sendiri di peringkat draf manuskrip lebih mengujakan lagi. Saya gunakan masa 'down' dan keletihan melampau untuk membuat perkara yang paling saya suka....(leave the best for last...seperti dalam buku saya I Have 25 Hours A Day).

Saya dapat bertahan sepanjang perjalanan selama 90 minit walaupun mengantuk gila. Apabila sampai sarapan pagi, saya terus menerokai dan mengedit setiap patah perkataan manuskrip saya yang sudah mencecah 250 muka surat (lebih kurang hampir 500 muka surat dalam bentuk type setting untuk sebuah buku (hampir 140, 000 patah perkataan). Menarik sangat menimba ilmu khazanah Al -Quran yang menyediakan data yang cukup banyak sebagai panduan kehidupan.

Saya telah sampai di Astana pagi tadi jam 830 pagi. Berita baik, suhu turun dari - 21 kepada - 18. Saya dapati baju sejuk dan kasut saya tidak cukup markah menghadapi kesejukan melampau di Astana. Saya kena buat sesuatu. Nanti saya akan sambung cerita perjalanan kehidupan di tempat orang dengan pelbagai cabaran dan juga 'harapan'.

Dalam keletihan dan kemalasan, carilah sesuatu yang boleh membakar semangat kerana semangat adalah hanya mainan dan percaturan minda. Kuasai minda anda bagi menguasai anggota badan anda.

MDB

"Your dream of today is essentially you
in the future."

Copyright 2019. Mohd Daud Bakar. All Rights Reserved.

Search