Blog

Perjalanan Kemusafiran di Bumi Kazakhtan Siri II

Saya sampai di bumi Astana, ibu kota Kazakhtan yang baru berusia satu dekad di sambut angin sejuk kesaljian bawah paras beku -21. Keputihan warna bumi adalah kecantikan bumi Astana.

Kesalahan saya yang pertama ialah tidak memakai kasut musim sejuk yang bersalji. Hanya kasut pejabat biasa. Kasut bot saya dalam beg pakaian besar. Kesalahan kedua ialah memandang rendah lanskap baru iaitu kelicinan jalan yang amat sangat. Anda tahu apa yang berlaku sebaik sahaja saya berjalan keluar lapangan terbang ke tempat parkir kereta? Jatuh tergolek macam buah tembikai. Sakit amat kepalang. Tapi buat macho saja.

Dalam kehidupan, siapkan semua persediaan dan jangan sama sekali memandang rendah (underestimate) apa2 sahaja dan jangan pula memandang tinggi (overestimate) kemampuan diri sendiri. Mengikut strategi peperangan PanglimaTsun (China) banyak pihak tentera tumbang kerana merendahkan pihak musuh dan ditambah lagi dengan sikap membesarkan diri dan kekuatan sendiri.

Kecantikan bumi dengan keputihan salji adalah amat menarik. Di Malaysia, kita cantik dengan warna kehijauan hutan dan tasik dan kebiruan laut. Kita kena jaga elok2 amanah Allah ini. Sekali hilang, habis semua. Irreversible.

Mesyuarat pertama ialah dengan pihak dana pelaburan milik kerajaan Kazakhtan. Mereka memerlukan bantuan kami mendapat dana dari luar negara di mana kerajaan Kazakhtan bersedia meletak 25% dari jumlah dana persendirian (private equity) dan bakinya daripada pelabur luar (limited partner) yang boleh juga menjadi pengurus dana (general partner). Maaf saya guna istilah pelaburan pensendirian atau private equity fund.

Walaupun ada ruang yang terbuka, pening juga kepala nak mencari LP dan GP yang ingin mengambil risiko pelaburan di Kazakhtan. Saya minta mereka supaya longgarkan syarat 'pipe line deals' supaya ada kombinasi antara pelaburan di dalam dan di luar Kazakhtan. Mereka akan cuba timbang tapi nampak susah. Dalam bisnes dan juga kehidupan, skil yang penting adalah RUNDINGAN.

Sebelah malam makan malam di Restoran Thai..meraikan kemenangan Malaysia menang ke atas Thailand...hu hu.

Sambung dalam siri III.

Dari Almaty.

MDB

"Your dream of today is essentially you
in the future."

Copyright 2019. Mohd Daud Bakar. All Rights Reserved.

Search