Biography

Mohd Daud Bakar's Precious Life Events


Mohd Daud Bakar's Fact Board

 

Datuk Dr. Mohd Daud Bakar is the Founder and Executive Chairman of Amanie Group. One of its flagship companies namely Amanie Advisors, is operating in 6 cities globally. He currently serves as the Chairman of the Shariah Advisory Council at the Central Bank of Malaysia, the Securities Commission of Malaysia, the Labuan Financial Services Authority, and the First Abu Dhabi Bank. He is also a Shariah board member of various global financial institutions, including the National Bank of Oman (Oman), Amundi Asset Management (France), Bank of London and Middle East (London), BNP Paribas (Bahrain), and Dow Jones Islamic Market Index (New York) amongst many others.

In the corporate world, he sits as a Board Director at Sime Darby Berhad and a member of the PNB Investment Committee. He is also the third Chair Professor in Islamic Banking and Finance of Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali Berdaftar (YTI) PNB at Faculty of Economics and Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

In 2016, he received the “Award of Excellence for Outstanding Contribution for Shariah Leadership & Advisory” at London Sukuk Summit Awards and “Shariah Adviser Award” at The Asset Triple A Islamic Finance Award. In 2014, he received the “Most Outstanding Individual” award by His Majesty, the King of Malaysia, in conjunction with the national-level Prophet Muhammad’s birthday.

Under his leadership, Amanie Advisors received the “Islamic Economy Knowledge Infrastructure Award” at the Global Islamic Economy Summit, Dubai 2015, by His Highness Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Vice President and Prime Minister of the UAE and Ruler of Dubai, Oct 2015.
Prior to this, he was the Deputy Vice-Chancellor at the International Islamic University Malaysia. He received his first degree in Shariah from University of Kuwait in 1988 and obtained his PhD from University of St. Andrews, United Kingdom in 1993. In 2002, he completed his external Bachelor of Jurisprudence at University of Malaya.

His publications include articles in various academic journals and presentations of more than 150 papers in both local and international conferences. His first book entitled “Shariah Minds in Islamic Finance: An Inside Story of A Shariah Scholar” has won the “Islamic Finance Book of the Year 2016” by the Global Islamic Finance Award (GIFA). He has just released a new book on sukuk which is “An Insightful Journey to Emirates Airline Sukuk: Pushing The Boundaries of Islamic Finance” (2017)

Biodata ini disediakan dan dibaca oleh Prof. Madya Dr Amir Shaharuddin sebelum MDB dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah daripada DYMM Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia.

 

Mohd Daud Bakar merupakan seorang anak kampung berasal dari Alor Setar, Kedah. Dilahirkan pada tanggal 5 March 1964, beliau menerima pendidikan pertama di Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Baru. Semasa bersekolah rendah, Daud Bakar terpaksa berjalan sejauh 2 kilometer setiap hari kerana keadaan keluarganya yang miskin. Ayah beliau berpisah dengan ibunya ketika beliau masih kecil. Namun begitu, sejak kecil lagi Daud telah menunjukkan bakat dalam pelajaran. Di sekolah, beliau menjadi murid kesayangan cikgu Ibrahim. Selepas tamat sekolah rendah, Daud mendapat tawaran belajar di Maktab Mahmud Alor Setar. Pada mulanya, hati beliau berat untuk menerima tawaran tersebut. Sekolah agama tidak glamour berbanding sekolah aliran Inggeris. Keluaran sekolah Arab akan susah mendapat kerja. Namun, setelah berada di Maktab Mahmud, lama kelamaan beliau menanam minat mendalam terhadap Bahasa Arab.

‘Benih yang baik dicampak ke darat menjadi gunung, dicampak ke laut menjadi pulau’. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SRP, beliau ditawarkan tempat untuk ke Kolej Islam Klang (KIK) sebuah sekolah berasrama penuh elit dalam aliran agama. Asas pendidikan Islam dan kepimpinan seterusnya dipupuk di KIK. Tamat sahaja SPM, beliau mendapat tempat untuk menyambung pengajian di Kuwait.

Ketika itu, Daud memerlukan sejumlah wang sebagai persediaan belajar di Kuwait.
Mendengar khabar bahawa Daud ingin terbang, ayah tiri beliau datang jauh dari Kedah. Malangnya, bukan untuk memberi wang, tetapi cuba memujuk Daud supaya tidak pergi ke luar negeri. Dikhuatiri nanti Daud akan jadi seperti kacang yang lupakan kulit. Daud begitu hampa. Ayahnya telah termakan kata-kata negatif orang di sekelilingnya. Daud tekad untuk mencapai cita-cita. Dengan meminjam duit daripada guru di KIK, Daud pun terbang ke Kuwait disambut oleh senior beliau Datuk Hasan Basri.

Di Universiti Kuwait, Daud sentiasa mendapat senarai Dekan (Dean List). Kefasihan Bahasa Arab beliau semakin terserlah. Kemudian apabila tamat pengajian, Daud diterima berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan telah dihantar untuk melanjutkan pengajian PhD di Universiti St. Andrew di UK. Tesisnya ialah di dalam bidang Usul Fiqh iaitu disiplin mengenai metodologi yang digunapakai oleh para mujtahid untuk mengembangkan hukum-hukum Islam.

Daud sebenarnya selesa dengan bidang Usul Fiqh. Beliau ingin mendalami bidang tersebut dan menjadi pakar yang disegani. Namun, apabila balik mengajar di fakulti, Dekannya meminta Daud mengajar Undang-Undang Komersial Islam, yang tiada kaitan secara langsung dengan Usul Fiqh. Maka, Daud protes secara diam-diam terhadap fakultinya. Tak puas hati dengan Dekan. Namun baiknya Daud ini ialah tidak puas hati pun masih menyempurnakan amanah yang diberi. Jarang kita jumpa orang sebegini. Daud mengeluarkan duit dari poket sendiri untuk melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu baru dalam praktis perbankan Islam. Ia merupakan satu proses yang perit tanpa menyedari bahawa beliau sedang menerokai perjalanan yang bakal mengubah laluan kerjayanya buat selama-lamanya. Antara tahun 1994-2005, Daud secara aktif mula terlibat dengan konsultansi dengan institusi perbankan Islam. Beliau mula menjadi rujukan kepada pengamal industri dari dalam dan luar negara.

Salah satu kekuatan Daud adalah pengalaman luasnya di peringkat antarabangsa. Beliau dinobat sebagai salah seorang 5 penasihat Shariah terkemuka di dunia. Sejak lewat tahun 1990-an beliau terlibat dalam Lembaga Penasihatan Indeks Syariah Dow Jones dan Lembaga Syariah AAOIFI di Bahrain, Morgan Stanley (Dubai), Bank of London dan termasuk Lembaga Syariah Negara Oman. Ini memerlukan komitmen perjalanan antarabangsa yang tinggi.

Mujur ada si isteri dan keluarga yang memahami.... Atau yang lebih tepat telah dilatih untuk memahami. Pada tahun 2005, Daud terpaksa membuat pilihan yang sukar di dalam karier beliau. Sama ada untuk kekal bekhidmat di university atau memberanikan diri menubuhkan syarikat perundingnya sendiri. Sesungguhnya, ia bukan satu keputusan yang mudah untuk meninggalkan jawatan terakhir beliau di universiti sebagai Timbalan Naib Canselor. Tetapi keazamannya yang kuat untuk menjadi usahawan memimpin penubuhan Amanie Advisors. Sekarang, syarikat tersebut telah berkembang dari sebuah syarikat tempatan menjadi pemain industri di peringkat global. Amanie Advisors kini mempunyai beberapa pejabat cawangan di seluruh dunia. Pelbagai kejayaan dan anugerah antarabangsa telah diraih. Daud sering mendapat jemputan sebagai penyampai ucaptama di dalam persidangan antarabangsa.

Daud telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada tahun 2014 dan di atas kepimpinan beliau, Amanie Advisors telah dianugerahkan "Anugerah Ekonomi Islam", oleh Yang Teramat Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden dan Perdana Menteri Dubai.

"Your dream of today is essentially you
in the future."

Copyright 2019. Mohd Daud Bakar. All Rights Reserved.

Search